Thursday, April 21, 2011

Tidak Disangka, Saya Seorang Cikgu Muzik

Saya telah mula menonjolkan bakat muzik saya sejak darjah enam. Oleh itu, ayah saya telah melihat minat saya itu terus menghantar saya belajar muzik.

Saya terus membuat ayah saya bangga apabila saya telah dijemput untuk membuat persembahan Hari Raya bersama Kris Dayanti. Persembahan itu telah diadakan di dewan PWTC pada tahun 1999.

Selepas habis bangku sekolah, saya mendengar nasihat ayah saya untuk melanjutkan pelajaran dalam "Business Studies". Universiti pertama saya adalah UiTM Lendu. Di sinilah saya mula berkecimpung dan mula 'famous' dengan biola saya.

Bermula dengan kisah seorang sahabat saya dari sekolah menengah perempuan Sri Aman. Semasa kami berkumpul sebagai 'freshies' di UiTM Lendu ini, semua 'senior' bertanya siapa yang berbakat. Tiba-tiba sahabat baik saya bangun dan menyebutkan nama saya dan menceritakan bahawa saya pandai mengesek biola. "Bukan sahaja gesek, tapi merdu...", kata beliau.

Jadi, dari situ saya terus aktif sebagai pemain biola terkenal di UiTM. Makin hari makin banyak jemputan majlis-majlis yang menghendaki kehebatan persembahan biola saya ini. Begitulah kisah saya terus-menerus berjalan mengikut arus zaman sehinggalah saya melanjutkan pelajaran Ijazah saya di UiTM Shah Alam pula.

Apabila saya menyedari bahawa saya telah mendapat duit poket tambahan atas persembahan biola saya, saya terus menerima satu tawaran kerja sepenuh masa mengajar bidang muzik. Bukan sahaja mengajar mengesek biola, tetapi juga mengajar membaca nod dan menulis lagu.

Sebelum saya menerima tawaran kerja tetap sebagai CIKGU, saya pun terkejut! Sedangkan pada masa itu saya bekerja di syarikat IT sebagai "Support Analyst". Saya sendiri cakap pada diri saya sendiri, "Aku, Cikgu???...,". Saya tidak yakin kerana saya bukan 'super-duper Vanessa Mae'. Saya tidak memiliki sijil yang hebat sangat macam beliau dalam bidang muzik. Sijil memang ada. Bagaimanapun, saya tetap berasa bersyukur kerana Dia telah memberi saya peluang memilik banyak pengalaman dalam persembahan muzik ini secara tidak langsung.