Friday, February 24, 2012

Cikgu Vee live on TV show!! With Adik Aimie at WHI (Wanita Hari Ini) - 17.2.12

Hai ! Good Day Everyone! :)

Hari yang selama ini cikgu usahakan, akhirnya terkabul jua. Terima kasih pada yang Maha Kuasa yang menentukan pada 17 Februari, cikgu perform violin, live on TV3! untuk rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada 12 tengahari hingga 1 . Terima kasih juga pada pihak penerbit TV3 kerana sudi menjemput cikgu dan anak murid cikgu menunjukkan bakat menggesek ni.... hemmmmmm ;P

Kepada pembaca semua, jika minat nak tengok layari lah web www.tonton.com. Cari cikgu di rancangan WHI untuk episod ke - 35 ya?!

Janga lupa!!!

Salam semua! Have a great day! :D

Like my Facebook Page here: https://www.facebook.com/CikguVee

Saturday, February 18, 2012

Budak kecil pun pandai gesek ' violin ' !

Hai Hai Hai Semua!

Good Day!

Cikgu terfikir nak tulis pasal budak kecil ni bile email-email yang cikgu terima, bertanyakan cikgu soalan. "Dah besar-besar, tua bangka mcm saya ni boleh lagi ke nak belajar ' violin ' ?". Sudah tentu cikgu akan cakap bende ni yang cikgu pegang sejak azali lagi, "Belajar tak kira umur, belajar lah setinggi mane pun, learn as long as you live', kata cikgu.

Ape kate pembaca sekalian lihat sendiri anak kecil ni main ' violin ' . Comel tak? Bile tengok tu, rasa tercabar tak?

Dirakamkan pada 27 Jun 2011, di Yamaha Music School Setia Alam


Dirakam 14 Julai 2011, di Yamaha Music School Setia Alam


Budak kecil ini bernama Ean. Beliau baru berusia 2 tahun 1/2, tak smpai pun 3 tahun lagi. Nak tahu betapa kecil nya insan ini, tengok lah pada saiz violin beliau. Beliau menggunakan violin saiz 1/4.
Haaaaa!!!! kecil ke kecil ?  Cikgu mengajar beliau di Yamaha Music School Setia Alam. Ean seorang budak yang pemalu dan tidak pernah pegang pun alat music biola ni :D

Macam mane? Bile nak belajar, belajar je k! :D

Those who interested to learn violin at any age and any time, can click the link "Contact" on my webpage.

See ya! ;;)

Like my Facebook Page here: https://www.facebook.com/CikguVee

Cerita Genap Duabulan Kawin(19.1.12) , dah terror main violin!! Siape eh??

Hai dan Salam semua!!

Kepada sesiape yang kaki layan internet pasti pernah terdengar  buku-buku yang disiarkan oleh Lejen Press, kan? Atau pernah dengar nama seorang lejen yang bergelar Aisa Linglung?

Okayy....... Aisa Linglung seorang penulis terkenal dengan buku berjudul 'Sperma Cinta'. Beliau kemudian memiliki kedai Uya Distro setelah buku yang beliau tulis meletop! dipasaran dulu, kini dan selamanye..

Bile dah meletop tu, ramai lah kuncu-kuncu yang minat ni, mencetus permintaan yang banyak. Jadi beliau putuskan untuk menubuhkan Lejen Press. Nak tahu pasal Lejen Press lebih-lebih, kene lah pegi ke laman webnya ye?!

Cikgu tahu yang beliau ni kawin pada 19.11.2011. Cikgu kenal beliau dan beliau meminta cikgu ajar beliau gesek biola. Genap dua bulan , maknanya pada 19.1.2012, beliau belajar dan tengok cikgu main 'violin', beliau dah 'terror'.....lejen tak?

Mari kita saksikan kehebatan dan kelejenan beliau! :D





Mr. Lejen Aisa Linglung, menggesekkan irama biola beliau tersendiri. Kata dia, tajuk lagu irama ini adalah rahsia.

Terima kasih! :D

10 DISEMBER 2011, Konsert bersama Band Pretty Ugly

Hai Hai Hai!!! Mesti anda semua ternanti-nanti cerita terbaru pasal 'adventuring violin' ni kan?

Maaf kepada para rebiu semua. Al-maklum lah, Cikgu Vee ni tak pakar IT. Jadi, ape saje kene-mengene dengan belek komputer ni 'slow'.

Cikgu Vee kali ini membuat persembahan 'violin' bersama anak murid cikgu. Haaaaaa, siape dia eh? Dia ni adik kita yang berbakat dalam menggesek biola. Mula berkecimpung dalam bidang seni persembahan alat music 'violin' ni bermula umur 12 tahun. ;) Beliau masih sekolah lagi sekarang, dalam tingkatan 3 tetapi sudah berani untuk menghiburkan anda semua dengan gesekkan gemersik biolanye.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh adik Aimie Mustafa ini, sama juga lah pada Cikgu Vee. Tambah lagi, seronoknye dapat 'perform' bersama band Pretty Ugly pada 10 Disember 2011 di Uya Distro, distro yang dimiliki oleh penulis buku terkenal Aisa Linglung.




Cikgu Vee performed bersama adik muda kita yang berbakat menggesek biola, Adik Aimie!




Cikgu Vee bersama Band Pretty Ugly

Nantikan cerita cikgu lagi ya! Semoga berjumpa lagi!